Kisah Kami

Keunikan rasa dalam kepelbagaian selera antarabangsa

Kelainan rasa aromatik cendawan kukur telah menjadikan cendawan kukur bahan yang versatil untuk dijadikan produk makanan citarasa tanpa sempadan.

Kisah Kami Impian Ramai F&B Sdn. Bhd Group Photo

Di sebalik tabir

Royale Kukur dimiliki sepenuhnya oleh syarikat bumiputera Impian Ramai F&B Sdn. Bhd., yang amat mengkagumi potensi yang ada pada cendawan kukur. Kami telah berkecimpung dalam bidang pertanian hampir 10 tahun, sebelum memulakan langkah dalam penanaman cendawan kukur dan mengeluarkan produk jenama sendiri.

Bermula pada November 2020, syarikat yang terletak di Klang, Selangor, bakal mempunyai kilang pengeluaran cendawan kukur sendiri dalam masa terdekat.

Selera rasa asli klasik antarabangsa

Produk makanan berasaskan cendawan kukur ini telah diilhamkan selepas kami berupaya melihat kelebihan yang besar yang ada. Tekstur yang unik, aromatik dan manfaat kesihatan yang tinggi, menjadikan cendawan kukur mempunyai potensi yang tinggi untuk dikomersialkan.

Keunikan keaslian kami adalah kelebihan kami

Cendawan kukur adalah inspirasi kami. Cinta yang mendalam terhadap potensi cendawan kukur, ditambah dengan pengalaman hampir sedekad di dalam agrikultur, menjadikan kami antara pelopor penghasilan produk makanan berasaskan cendawan kukur yang terbaik.

Kualiti yang terjamin

Penyelidikan dan pembangunan resepi yang sentiasa ditambah baik demi mendapatkan formula terbaik selama beberapa bulan, berjaya membuahkan hasil dengan pengeluaran produk makanan yang bukan sahaja enak, tetapi berkualiti tinggi.

Kisah kami

Bermula pada penghujung 2020, tercetus kekreatifan untuk menghasilkan produk makanan berasaskan cendawan kukur. Misi yang bermula dari rumah dalam skala yang kecik, telah mendorong kami untuk mengkomersialkan penggunaan cendawan kukur. Kami ingin menjadi pengeluar utama di Malaysia dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.

Impian kami adalah ingin menjadikan cendawan kukur produk makanan yang versatil, dan dalam masa yang sama, mendidik generasi baharu tentang makanan klasik yang kian dilupakan kini. Kami berharap dapat mendidik masyarakat tentang pelbagai kelebihan dan kebaikan cendawan kukur yang bukan sahaja sedap dijadikan hidangan, tetapi tinggi khasiat untuk kesihatan.

Kami di Royale Kukur, adalah sekumpulan usahawan yang begitu yakin dan amat cenderung dengan keunikan dan potensi cendawan kukur untuk dijadikan sajian wajib setiap keluarga.